Aku berusia 7 tahun bila MJ mula meletup dengan album Thriller. masa yang tepat untuk aku kenal muzik pop antarabangsa.
Alunan muzik catchy berserta dengan gerakan tarian yang disulam dengan video horror (Thriller) , fantasy (Billie Jean) dan juga violence (Beat It) mudah meresapkan kedalam jiwa budak sekecil aku/kami ini. Dan ada juga masa-masanya aku terkinja-kinja mengikut alunan muziknya itu. Pernah juga aku beli buku kecil tarian moonwalk nya dan mencuba dirumah. Sambil memakai sarung tangan yang dibuat dari sampul surat.
Dia dan video clipnya adalah yang paling hebat pernah dihasilkan oleh MTV, kata mereka. Catchy muzik + video clip=Satu kombinasi perniagaan dan strategi business yang baik. Maka tak mustahillah Thriller menjadi satu-satunya album yang berjaya dijual 38 juta unit sehingga kini. dan didalam zaman download ini, kita boleh katakan MJ membawa rekod itu bersama-samanya kedalam kubur.
Tak ada yang sehebat lelaki Afrikan Amerikan ini. Dunia dibawah tapak kakinya.
Kalau orang kulit putih ada Elvis Presly, African American ada Michael jackson.
kalau melayu ada sudirman, Afrikan Amerikan ada Michael jackson.

Takde MJ takde Justin Timberlake
Takde moonwalk, takde shuffle.
Takde MJ, Eminem takde oranng nak diperolok-olokkan.
Aku juga belajar perkataan Inggeris yang terawal dari lagu-lagu MJ.......
.
........"Beat it tu apa?"Tanya aku pada kawan sekelas awal 80an.
"Beat it tu maksud pukul dia" kata kawan ku confident.
.
Takde MJ Thriller takde YouTube's Geli Mat. Lihatlah betapa berpengaruhnya MJ dalam kehidupan kita.
83 adalah antara tahun yang hebat buat muzik Amerika, terutamanya Grammy Award. Selain. Budak baya aku mana yang tak pernah terpengaruh dengan kaset the best of Grammy. lagu2 dari Stevie Wonder "I just called To Say I Love U" , The Police "Every Breath U Take" , Sheena Easton "Telephone" , Eurythmic "Sweet Dream" dan banyak lagu mudah menjadi siulan.
Tahun dimana MTV mula mendapat tempat didunia dan juga di Malaysia. paparan muzik2 yang aneh dan innovasi dari barat itu lantas menjadi perhatian budak2 muda seperti aku yang dahagakan idea2 baru yang pelik yang jarang kami lihat di tv tempatan.
dengan itu, mudah untuk kami hadam muzik-muzik luar itu.
Tapi minat aku pada MJ tak lama. Bila aku semakin membesar, minat aku pada MJ semakin pudar dan digantikan dengan hero2 lain yang berkulit putih. Aku bagai kacang lupakan kulit. MJ bagi aku hanya seorang lelaki pelik yang terperangkap dengan dunia glmaournya. malu nak mnegaku MJ adalah influence awal aku dalam muzik Pop.
Dan hari ini MJ meninggal dunia. Terkejut juga buat seketika kerana dia dikira masih muda usianya. baru 50 tahun. Lagi 5 tahun nak pencen. Berita ini lebih mengejutkan dari berita pasukan bola sepak US mengalahkan Juara Eropah Sepanyol. Kematiannya juga menenggelamkan kematian simbol sex tahun 70, poster girl Farah Fawcett buat seketika.
Sebenarnya kematian MJ yang mengejutkan ini adalah satu tamparan kepada sesiapa sahaja (American or Un American) yang selalu mengejek MJ dahulu dengan lawak punch line mereka. termasuklah aku. Aku ketawa bila mendegar lawak jenaka/teka teki seperti ini "
"Apa dia yang masa dia kecik berwarna hitam, tapi bila dia dah besar dia warna putih?"
Aku janji aku takkan ketawa lagi dengan lawak-lawak macam tu...

Jun 2009
No comments:
Post a Comment