Tuesday, March 6, 2012

Zoning your Choice of Music

Kadang-kadang aku benci muzik. Aku takde dengar bunyi apa-apa. Silence-senyap dan sunyi. Tapi mengikut konsepsual artst macam Lorni Anderson misalannya,itu pun dianggap sebagai muzik.
kadang-kadang perkara pertama yang aku pikir bila aku bangun tidur ialah nak dengar muzik.

kadang-kadang aku rasa aku mual dengan muzik. AKu rasa takde muzik yang obleh menjanjikan kepuasan pada aku kerana aku telah mendengar semuanya 'best' dan muzik yang patut aku dengar.

Aku dengar muzik sampai telinga aku pekak. Atau hampir pekak-telinga belah kanan. Ianya terjadi bila dulu aku asyik sumbat earphone semasa aku bermotorsikal. early Bob Dylan album back to back. lepas hampir pekak hampir 2 tahun aku tak boleh dengar earphone. Kini dah baik seidkit alhamdulillah aku mula kehulu kehilir dengan earphone dan mp3.

setakat ini ada 2 rules utama dalam mendengar muzik bagi aku
1) Asingkan muzik yang kau suka dengar bila waktu siang dan pada waktu malam.
2) Jangan pilih muzik, biar muzik yang pilih kita.

Asingkan muzik diantara waktu(Zoning your choice of music)
Antaranya yang aku piih untuk 'santapan rohani' pada waktu larut malam adalah muzik-muzik dari Depeche Mode, Cure, Suede, Herman Tino, some of local muzik by Jamal Abdillah,dan M Nasir album Solo. Muzik-muzik ini aku tak akan pasang pada waktu siang, aku ingin ianya menjadi apa yang dikatakan oleh Robert Frost sebagai "been acquainted with the night".Muzik adalah rentetan masa dan sebagai elemen rentetan masa ianya boleh ditinggalkan pada sesuatu landasan yang tak akan diulang. dan bila kita 'melawat' muzik itu, ianya ibarat kita melawat masa lampau .Begitu juga malam. Malam ada kuasa yang sangat syahdu dan menekan. Perasaan yang gothic. Kalau kau faham tentang ini, asingkan muzik kegemaranmu antara malam dan siang. Atau pagi dan petang. Atau antara panas dan hujan. Dan hanya lawat mereka pada waktu yang diasingkan untuk mereka.

2Jangan pilih muzik, biar muzik pilih kita
Ini terjadi pada aku beberapa tahun dulu. entah kenapa tiba-tiba sahaja, out of the blue hati aku terasa teringin nak 'melawat' kembali Definitely Maybe. Perasaan tu tiba-tiba datang kerana sudah hampir 10 tahun kali terakhir aku mendengar album itu dari kaset. Its a beautiful feeling dan kita akan .Biar muzik terngiang-ngiang ditelinga kita minta untuk didengari. Dan mungkin sebab itu juga mendengar radio dan kesan suprisenya lebih meyakinkan.

1 comment:

  1. Bila dah ada Hana & Aslam...aku kerap layan Ryuichi Sakamoto...music for brain development katanya....Chema layan Maher Zain!

    ReplyDelete