Monday, March 5, 2012

Memahami Bob Dylan

Memahami Bob Dylan

Kalau bercakap tentang budaya pop, aku faham kenapa Beatles tersangat gah, kenapa Andy Warhol sangat popular,begitu juga dengan Rolling Stones, The Who, dan juga Kerouac serta Allan Ginsberg. aku faham kenapa mereka ini disanjung. Cuma yang seorang ini aku masih lagi mencari dimana hebatnya dia. Aku cuba mendengar lagu-lagunya(tanpa membeli album penuhnya) tetapi masih aku mempersoalkan kenapa dia dianngap penyanyi paling ulung Amerika Syarikat negara yang besar itu.
sebagai penyanyi selain dari mempunyai wajah yang comel (ketika muda la) Bob Dylan bagi aku hanya seorang penyanyi biasa. Suaranya yang pelik, arrangement muziknya yang biasa-biasa sahaja. Jadi dimanakah letaknya kehebatan penyanyi ini?
...Kesimpulan aku mudah sahaja, untuk memahami Bob Dylan kita perlu hidup diera 60an itu sendiri. lagu-lagu awalnya seperti Blowin In The Wind, Dont Think Twice its Allright, The Times They Are A Changin dan lain lain lagi adalah satu revolusi baru dalam muzik pop ketika itu. sebelum ini kebanyakan lirik lagu-lagu pop hanya berunsur fun, joy dan keseronokan semata-mata. jarang lagu pop menceritakan realiti kehidupan sebenar masyarakt ketika itu. Walaupun lirik-lirik yang menyentuh sosial dan budaya banyak juga terdapat dalam lirik-lirik penyanyi folk seperti Woody Guthrie (inspirasi besar Bob Dylan) dan lain lain lagi tetapi ianya masih belum dapat menembusi pasaran kontemporari.
Bob Dylan boleh dikatakan been at the right time and the right place dengan mengalunkan lagu-lagu anti peperangannya. ketika itu ianya sesuatu yang baru di Amerika yang pada awal 60an dulu kesedaran tentang anti peperangan, isu hak asasi yang sama rata antara kulit putih dan kulit hitam dan juga gerakan Beat Generation mula menular.ketika ini kita boleh lihat banyak artist memperjuangkan isu yang sama, tetapi pada 60an dahulu hanya Bob Dylan, Joan Baez, Joni Mtichell dan beberapa penyanyi Protest sahaja yang terkenal dengan lagu-lagu anti peperangannya. ketika ini memang banyak artist yang mempunyai lirik-lirik puitis, mungkin sedikit sebanyak ianya menenggelamkan peranan Bob Dylan diarena muzik ketika era 80an dan 90an, tapi sesuatu yang tak keterlaluan boleh aku katakan yang kesemua artist-artist itu terhutang budi kepada peranan yang dibawa oleh Bob Dylan ketika dia dizaman kemuncaknya pada tahun 60an dahulu. termausklah our local hero M Nasir sendiri....
Satu lagi perkara yang membuatkan Bob Dylan dikatakan besar adalah kerana album-albumnnya sendiri. beberapa album dia yang terkenal antaranya adalah The FreeWheelin Bob Dylan, bringing It All Back Home,Highway 61 revisited dan Blonde on Blonde(semuanya aku masih belum dengar penuh satu album lagi ahak)
Ada beberapa faktor yang membuatkan aku mulai rasa berminat untuk study Bob Dylan ini.
pertamanya kerana kebelakangan ini beberapa filem yang aku tonton mengaitkannya dengan Bob Dylan..antaranya filem factory Girl (berkisar tentang Edie Siegwick, model Andy Warhol yang pernah ada hubungan intim dengan Bob Dylan), Walk The Line (filem tentang Johnny Cash dan June bininya dimana dalam satu scene dia ada menyanyikan lagu It Aint Me Babe lagu asal oleh Bob Dylan) dan juga No Direction Home (docu tentang Bob Dylan oleh Martin Scorsese)
keduanya kerana sifat ingin tahu yang meluap-luap tentang kemuncak budaya pop pada tahun 60an
ketiganya kerana lagu-lagu Bob Dylan sendiri. Dia dikenali sebagai penyanyi puisi. Guru-guru di US sendiri banyak yang mengambil liriknya untuk dijaidkan contoh didalam kelas sasteranya. Dia juga dicanang-canangkan untuk menerima Nobel Prize.
dalam banyak-banyak lagu dia lagu A Hard rain's A Gonna Fall. Kini aku boleh katakan yang lagu itu adalah antara lagu paling hebat pernah dicipta. ketika ini sudah hampir 2 bulan aku akan memasang lagu ini setiap kali aku bangun dari tidur. Mungkin juga kerana aku berharap hujan pagi akan turun haha...
kenapa aku berkata ianya antara lagu paling hebat pernah dicipta? Ada beberapa perkara yang aku boleh tulis disini untuk menyokong pendapat aku itu...
1) Chord untuk lagu ini adalah hampir sama sahaja dimainkannya, tetapi liriknya yang puitislah yang membuatkan untuk aku terus mendengarnya
2) Keseluruhan lirik itu sendiri.
3) Lirik pertama yang berbunyi :Oh where have u been my blue eyd son..bunyinya seolah-olah dan boleh juga kedengaran seperti oh where have u been my blind son...yang sudah tetntu memberi makna yang lain kepada liirk tersebut dan keseluruhan lagu tersebut.
4) Lirik terakhir dalam apa yang kelihatan sebagai monolog panjang berakhir dengan lirik yang berbunyi" and i know my song well before i start sing it"...the before i start sing it itu seolah-olah mengundang aku untuk mendengar lagu itu semula.
dan lagu ini memang sesuai didengar ketika ini terutama bila ketika ini hujan selalu sangat turun diwaktu petang hehe. dan aku seorang pembonceng motorsikal memang terasa betapa lebatnya hujan yang turun menimpa aku. atau dalam kata lain, juga dengan turmoil politik sekarang ini yang tak stabil dan kecoh,dalam maksud yang tersurat dan tersirat aku faham apa maksud lagu Bob Dylan ini.

16 April 2008

2 comments:

  1. The Times They Are A Changin' album Dylan fav aku...

    Aku ada jumpa buku Tarantula by Dylan kat Borders the garden haritu....cover rambut kembang dengan kacamata wayferernye...iconic!

    ReplyDelete