bercakap tentang solo artist, ku kirap enyanyi solo perempuan,wanita lebih berjaya dan menarik dari penyanyi lelaki. Benar atau tidak kata-kata aku ini mungkin ada yang akan menyangkalnya.
tetapi kalau dilihat pada dekad 90an sehingga ke 00 dan sekarang, pendapat itu ada benarnya.
post rock melahirkan penyanyi perempuan yang berwibawa-dari PJ Harvey ke Bjork ke Sheryl Crow ke Fiona Apple ke Anne Di Franco dan banyak lagi. Awal 2010's pula kita dibajiri dengan ramai penyanyi wanita yang baik seperti Godlfrapp, Bat For Lashes, M.IA, Cat Power, Duffy, Adele, Florence and the Machine, Feist, Lily Allen, Lykke Li, St Vincent dan banyak lagi . Sementara diarena local pula kita melihat Yuna, Warni, dan apa entah lagi nama yang aku tak ingat.Sementara lelaki sibuk dengan bola dan video game, penyanyi solo perempuan mengambil alih dunia muzik pop. Dan kini muncul pula Lana Del Rey.
Lana Del Rey dengan Born To Die adalah ultimate gamble-ah maksudnya aku jarang membeli CD tanpa mendengar seidkit suara penyanyinya. Lana Del Rey aku pilih mungkin kerana aku percaya pada review, dan juga sebab covernya yang cantik.
dan bak kata Phil Collins "Perfect faces makes perfect vocal"dan setakat ini teori itu memang benar. (muka je ok, figure tak masuk kan Adele? lol) Lana Del rey menyanyi dengan suara seperti dia tak mahu bangun dari katilnya. Suara santai dan lunak. warm and sensual. imagine John Lennon and not Aretha Franklin. Shes not in hurry. Dia nak terus stay dan menyanyi dihadapan anda.
Mendengarkan Lana Del Rey mungkin mengingatkan kita pada Kate Bush ataupun Joanne Newsom, tetapi penyanyi yang berasal dari New York ini . New York? jadi dari mana datangnya influence Eropahnya pada string muziknya itu? menurut Lana, pengaruhnya juga datang dari imejan visual dan ianya sepenting dari pengaruh muzik itu sendiri seperti filem-filem David Lynch dan juga soundtracks untuk 50s black and white movies, katanya lagi.
Born To Die aku pasang setiap malam sebagai teman sebelum tidur. dan ketika itu aku yakin, mimpi-mimpi indah aku tak tersasar. Ianya bagai bidadari yang membawa aku pergi ke langit ke 7. Syabas Lizzy Grant.
Its not going to be easy second album untuk dia. Sementara itu, layan Born To Die dahulu.
Joanna Newsom, Pj Harvey, Cat Power, Martha Wainwright, Tori Amos, Katherine Williams...my kind of stuffs
ReplyDeleteBy the way cool video klip awek nie