bercakap tentang solo artist, ku kirap enyanyi solo perempuan,wanita lebih berjaya dan menarik dari penyanyi lelaki. Benar atau tidak kata-kata aku ini mungkin ada yang akan menyangkalnya.
Thursday, March 22, 2012
Lana Del Rey-Born To Die
bercakap tentang solo artist, ku kirap enyanyi solo perempuan,wanita lebih berjaya dan menarik dari penyanyi lelaki. Benar atau tidak kata-kata aku ini mungkin ada yang akan menyangkalnya.
Tuesday, March 13, 2012
Lirik Lagu Melayu Pilihan: DILUAR JENDELA
Tuesday, March 6, 2012
Zoning your Choice of Music
Monday, March 5, 2012
Tentang Sudirman
Walaupun ada dalam history channel, dan ianya cukup untuk menggamit memori tapi macam biasa banyak lompong. Yes, bagaimana docu satu jam boleh berlaku adil pada penghibur yang tak ada galang gantinya.
.
Membesar sebagai kanak-kanak diawal tahun 80an, dan memintai muzik tempatan kau tak boleh lari dari pengaruh lelaki ini. Ya pada masa itu memang kita mendengar dan memberi perhatian pada lagu-lagu tempatan.
Antara lagu Sudirman yang terawal aku ingat begitu dekat dengan aku adalah Jururawat Jamilah. Its funny its fun. Easy to digest for young kids like me. That’s closer to Boradway –like-performace ever to me.
Dan kemudian ada babak Sudirman menyanyi diatas panggung wayang Federal. AKu cari babak itu dalam You Tube tapi takde. Ya kebanyakan segmen hiburan dalam RTM samada bad in color ataupun dah lupus. Pity.
There and then Sudirman . yes before Michael Jackson ever hit the storm with Billy Jeans and Beat It.
Tak keterlaluan kalau dikatakan bahawa Sudirman adalah penyanyi tempatan pertamayang boleh digelarkan sebagai penghibur. Sebelum itu all singers are singer. Ah siapa pun penyanyi 60 atau 70an yang juga seorang penghibur?
Jerrfyrdin? A Ramlee?
Dj Dave, Hail Amir adalah cuter. But theyre not penghibur. At least not like Sudirman. Sudirman bawa definisi baru dalam hiburan pentas.
Sudirman complex the performance as one packed full of assemble.
Apa yang docu itu gagal mengutarakan adalah the first period of Sudirman album dia adalah meraikan rakyat marhain. Dia menyanyikan peoples power lama sebelum The Smith buat.
Dan sehingga sekarang takde yang boleh buat apa yang beliau dah lakukan. Aku memang sellau admirer lirik2 lagu diawal 80an yang dinama benih-benih intellectual mula bercambah pada lirik2 lagu tempatan. Walaupun tak menyeluruh (tema utama masih cinta) tetapi mulai kenampakan lirik2 rakyat terutama dari band-band macam Kembara , Alleycats dan sudah tentunya Sudirman. And until now nobody have done what he have done. Lagu macam Hidup Sederhana Basikal tua, Aku Seorang Penganggur, Pulang Dari Kilang You cannot find a more socialist songs than that. Woody Guthrie pun tak pernah menyanyi lagu being a jobless with so much fun and exciting!
Sebagai penynayi aku doubt Sudirman mempunyai suara yang baik. At least tak sebaik Jamal Abdillah atau David Arumugam. Sebagai penyanyi Sudirman lebih dekat dengan Billy Corgan. Penyanyi lelaki yang mempunyai suara yang pelik. But it works. For Sudirman it works. Tetapi ada. Dia menyanyi lagu yang paling sedih selain dari Sudirman. Cuma dengar balik lagu Pelangi Petang, Kehadiranmu,Terasing
Dan dia jua menyanyi lagu asli dengan baik.
Dan aku masih dengan pendapat aku yang kalau Melayu nak dianggap penyanyi yang baik, dia kena pandai menyanyi lagu Asli.
Tapi kita tak akan lupa tentang Sudirman. Selagi kita menymabut 31 Ogos, kita akan sentiasa mendengar suaranya dicorong radio dan tv.
Selepas P Ramlee, dialah penghibur kita yang paling berpengaruh.
Yang paling mengecewakan bagi aku adalah ketiadaan hero baru untuk generasi baru. Tanya budak-budak sekarang siapa hero mereka dan mereka tak boleh jawab. Lagu apa yang mereka dengar? Atau mungkin kita tak mendengar muzik tempatan lagi.
So if u pity your children(When u have one) Buy his albums. (Or download if u will) make them listen to Sudirman’s. hanya lepas tu boleh bagi diaorang dengar Rammstein ataupun Kings of Leon.
The Best Local Female Singer
ianya satu kejadian yang megubah persepsi aku tentang apa itu good vocal.
ianya berlaku pada satu malam many many years ago.
Ketika itu aku dan beberapa orang rakan dan diradio lagu KRU berkumandang.
"What u think of KRU Saat?"
Aku dah lupa apa aku jawab. tapi as always its something positive.
Dan kemudiannya entah bagaimana, kami terlibat dalam debate dalam mempersoalkan.
Satu against two.
Im on Yusry side and the other
Aku kata suara Yusry sedap dan mereka kata tak.
"
Akhirnya mereka ketawa dan mengatakan kali ini taste aku dalam menilai seni salah.
AKhirnya aku akui kenyataan itu ada benarnya. Yusry mungkin ada Hummer(warna Kuning. Gosh didnt he realise that Yellow is the worsr color for car? now in the 2000's anyway) tapi dia tak pandai menyanyi. Sekurang-kurangnya tak sebaik a good singer should.
Bertitik tolak dari itu aku mula mempersoalkan estetika dan taste aku pada vocal. Benar kata mereka Yusri tak pandai menyanyi. At least not like one of a good singer should be. Ianya bukanlah satu statetement yang ganjil kerana Aziz Sater sendiri pernah menyatakan yang P Ramlee sebenarnya tak pandai menyanyi. P Ramlee hanya 'adjust' suaranya supaya ianya seiring dengan melodi. Begitulah yang dapat aku rangkumkan.
Here are some of the best female singer in the country. And below is the worst list of them all.
By best i mean my favorite of course.
Lupakan tentang persembahan, gosdsip, the idea of entertainer sebentar;kita menilai mereka hanya melalui the key wordws that makes a song sounds good;vocal.
10) Rosiah Chik - Penyanyi lama adalah yang terbaik. Suara bagi aku adalah part of identiti bangsa. sebagai contoh bila kita dengar old timer macam rosiah Chek menyanyi, ianya sesuatu Mariah carey tak boleh jangkau, no matter how high note she try to scream.
Penyanyi lama begini, walaupun pelik bunyinya, tapi ianya mengingatkan aku bagaimana rasanya menjadi Melayu dan dikelilingi oleh adat.
9) datuk Siti Nurhalija –Ah kena ada nama ni. Pada mulanya aku tak minat sangat Siti. Bagi aku shes hiding behind her good look. Phrase popnya takde beza dengan kontemporari artist ketika itu. Hanya bila dia menyanyi Cindai. Siti buktikan yang jika kau nak dianggap penyanyi serius di Malaysia, kau kena menyanyi lagu Melayu Asli. Itu yang dia buat dan dia Berjaya. As a performance siti Cuma yang terbaik, dari diarak menaiki beca sehinggalah menjadi robot. Tapi sweet vocalnya dalam Cindai yang Berjaya menarik perhatian aku.
8) Salamiah Hassan-
7) Rafeah Buang- lagi penyanyi bersuara klasik. Gandingan yang mantap dengan Ahmad Jais.
6) Ziana Zain- perlu ke aku tulis pasal kakak Anuar Zain ni?
5) Khatijah Ibrahim- persolan fav. Masa kecik ada album Khatijah Ibrahim.also a good performer at stage too. Naural performer.Like all great
Songs to download lol; Ku Sangka Siang rupanya Malam
4) Ramlah Ram- Sebagai salah seorang alumni Bintang RTM yang berjaya dan kita akan sentiasa refer Ramlah Ram bila membicarakan tentang bagaimana Johor produce good singer. namanya seiring dengan Amy search dan juga Zaiton Sameon. Bila Ahmad Nawab pick you, we know shes going to be good.
3) Zaleha Hamid- Saham Zaleha Hamid mungkin turun sedikit kerana menyanyi lagu pop macam Dangdut Reggae dan lagu-lagu dangdut. Sebelum itu dia adalah penyanyi Melayu Deli yang baik. Suaranya one of a kind, beb. But she still the best singer there is.
2) Saloma- nama Saloma sebenarnya dilindingui sebagai isteri the great man. Ianya membuatkan kita lupa betapa hebatnya Saloma sebagai seorang penyanyi. Suaranya serak2 basah dan dalam masa yang sama ada bass sikit. That’s unique. Hasri raya is not hari raya tanpa lagu Saloma.
1) Sharifah Aini – kita selalu lupa betapa besarnya Sharifah Aini dalam konteks pembangunan seni suara tempatan ewah. Katanya sebelum sharifah Aini, org tempatan lebih cenderung pada penyanyi Indon. Sharifah Aini diangkat oleh URTV supaya org tempatan lebih kenal dengan penyanyi tempatan.
Memang sebelum Sharifah Aini sudah ada scene, tapi Pop yeh Yeh baru tamat. P Ramlee and Saloma already consider retired. New decade needs a new hero. Come a young Johorean with a lemak merdu vocal.
Sharifah Aini for us is like Aretha Franklin for the
She has work with all the best talent in the industries, from Ahmad Nawab to
Ok that’s the list of the best. And the worst?
1) Jaclyn Victor
2) Anita Sarawak.
Jaclyn Victor ada suara gedik yang macam dia tercekik tulang bila dia menyanyi.
Dan Anita Srawak? Go back to my early story of Ysury KRU.
Jan 2011
The 90s
Kalau menjadi student membuatkan kau keliru, kau tak boleh bayangkan betapa hebat tekanannya bila menjadi dewasa dan bekerja.
Mungkin poket aku kosong pada 1990an, tetapi kami happy.
No facebook. No psycho murder.
No .Food still cheap.
No Star wars remade.
Picaddilly gig.
people still buy CDs.
And music still good.
Music. Ada banyak hope pada dekad 90an. Walaupun mainstreamnya dipelopori dan dilandaskan dari underground of the 80s, (husker Du, Pixies in US and Stones Roses and happy Mondays in UK) but they make good music.
Ah u just name it.
Yes the 1990s. The year that punk broke as they said. Atau di KL, ianya bermula dengan PSycho A Go Go di S&M Complex.
But just leave it the 90s and alternative music conflict to be debate. I just want to remember it as it is. Aku cuma mahu mengingatinya dengan seadanya. Seperti yang berlaku pada aku.
Semuanya ketika aku masih Young and Dangerous.
Dan bila Shah Moloko berceerita tentang Grunge, aku teringat pada zaman ketika aku adalah .......err Brit Pop.
That was 1990s.
That was me, and my three droogs. There is Sham Oi, Ayie, Ujang and Aldrain Sajuki.
Music unite us all. Music and the idea to record and demo and make it big. Bigger than The Beatles and ever.
Aldrain ubah view Ujang pada muzik. Lelaki yang dulu pengikut Grindcore kini mula melayan brit Pop. Dan menjadikan Suede sebagai muzik dadahnya.
That was mid 90s.
Ketika kami mula bergabung, pengaruh Kurt Cobain masih lagi mekar dihati anak-anak muda ketika itu. begitu juga dengan Ujang. Ada poster besar Kurt Cobain pakai pyjama dan memetik gitar diatas katilnya.
Aldrain ubah taste Ujang pada music.
Overnight Ujang telah menjadi our own Richard Ashcroft long before Verve's Urban Hymn come out.
Oasis muncul lambat lagi dari Nirvana. ketika Oasis keluar dengan debut albumnya yang menggegarkan Britain, Kurt Cobain sudahpun memetik bicu yang memecahkan kepala hotaknya dan menyebabkan otak dan serpihan tengkoraknya berterabur.
Satu lagu Oasis yang mudah meresap kejiwa adalah Live Forever. Kata Noel thats the best song of the decade. Kerana katanya ketika semua orang bercakap tentang mahu mati dan membunuh diri(pengaruh dari ayah Frances Bean itu barangkali) oasis bercakap tentang 'Hidup Selama-Selamanya"
Maybe the arsehole was right.
Perlukah aku bercerita tentang persamaan antara Oasis dan Chairil Anwar?
tapi kami bukannya Brit Pop.
Ujang, Aldrain dan Ayie lebih akur kepada Suede sebenarnya.
Coming Up adalah musik tema bagi kami.
Ketika Am, kawan bilik bawah lebih suka menggegarkan radionya dengan muzik Silverchair, President of United States of America dan Pearl jam, geng-geng Ujang lebih kepada muzik dari Bret Anderson and co ini.
itu musik, tapi gaya kami lebih kepada Liam.
Terutama bila berjalan ke seksyen 2.
were not punk. Original punk dont do drugs. (Are u rootens kind of punk of Sid Vicious kind of punk debate)
Ayie do drugs.
And others like to shoot weed.
Were more like Renton out of Transporting then Johny Rotten.
Bila masuk part 3, kami berpecah. kebanyakan dari mereka menyewa diluar . Hanya aku yang terus mengharapkan subsidi kolej.
Pengaruh muzik dari Aldrain mula pecah.
Sikit demi sedikit aku mula heavy dengan Radiohead dan The Smiths. Aku dan walkman Aiwa tak pernah berpisah. dan pen kilometrico yangn aku gunakan untuk memusing kaset.
Bila Aldrain pulang ke Sarawak kerana rindukan dan tak boleh berpisah dengaan aweknya, hubungan muzik antara aku, Ujang, Ayie dan Sham Oi mula berpecah.
Tiada lagi kedengaran cita-cita untuk membuat demo dan berjamming.
Tiada lagi mendnegar kaset dari corong radio Aldrain.
Dan Suede juga tidak lagi membuat album yang baik.
Sikit demi sedikit aku mula mengabdikan diri dengan Radiohead dan The Smiths. Thats was before 1997. if u know what I mean.
yes were Brit Pop, with Liam's walk but with Bret Andersons music.
Now the genre is dead. There is no genre in music at all. All Lady Gaga and Lady Gugu.
Brit music lebih gah dari American musik.
Atau dengan kata-kata yang lebih jujur, orang Britain making better music than the one in America. (senyum senyum)
Pendapat ini aku pegang sampai sekarang.
10 best album by Local Artist
Ladies and genital! I present you the best local album for the past 2000 years!
Please note that 6 out of 10 list here ada sentuhan Listrik M Nasir.
Best Local Album (almost ever)
1) Search –Mentari Merah di Ufuk Timur
2) Wings-Belenggu Irama
3) M Nasir-Solo
4) Alleycats-4
5) Jamal Abdillah-Derita Cinta
6) Wings-Hukum Karma
7) Sweet Charity-Pelarian
8) XPCD-Brutal
9) M Nasir-Manifestasi Akustika(live)
10) Ramlah Ram-Kau Kunci CIntaku Dalam Hatimu
Next post: why Mentari Merah Diufuk Timur the best album and how after 20 years Search and Wings still the only local band can sell out stadium.
May 2010
Brit Pop
Siapa lagi kalau bukan Renton.
Theres is me, That is Saat, and my three droog. That is Aldrain. Ujang and Ayie.
And the year is mid 90s.
Ketika itu pengaruh Nirvana mulai suram dan suasana Brit Pop yang lebih kelas dan berlagak mula mengambil tempat.
Aldrain datang dari Sarawak dan dia yang berjaya mengubah Ujang.
Ujang yang dulu dengar Grindcore serta ada poster Kurt Cobain besar atas almarinya dengan mudah termakan pujuk rayu Aldrain yang secara senyap2 membawa anasir muzik british ini melalui paduan gitar bret Anderson half man half gay itu.
.
Maka kami pun jadi Brit Pop.
Siang malam Suede.
Kemudian Oasis.
Kemudian Blur sikit-sikit.
Dan juga Weezer.
.
Dan ada juga yang lain. Tapi yang nyatanya Ujang dan Ayie mulai termakan hasutan Muzik British itu. Ayie yang bermain drum mula perasan dia pemain drum Suede (muka dia pun ada iras-iras Bret Anderson actually)
Ujang pula mulai beli kasut Vans. Kasut yang sama dia pakai untuk sepanjang belajar dikolej.
AKu tanpa sedar mula mengkagumi Liam Gallagher. Walaupun rambut aku tak lansung macam lelaki bongkak itu. Aku mula terikut-iut dengan jalan kengkang lagak gangster kampung itu bila turun ke seksyen 2. Walaupun aku dan Aldrain mengakui Oasis kumpulan yang berlagak maka dengan itu mereka tak perlu diberi perhatian yang lebih.
Bilik Aldrain jadi port. Kami layan kaset yang sama. Baca majalah yang sama. Tapi ketawa dengan lawak yang lain setiap hari.
Bukan nak berlagak, tpai kat Jati tu kami rasa kamilah paling brit pop antara yang ramai.
Tapi pengaruh Brit Pop antara kami tak leibh dari 3 tahun. Bila Aldrain pulang semula ke Sarawak.
Kami kembali keasal kami.
Ujang mula mendengar Ayumi Hamaski.
Ayie dengar XPDC.
Sham Oi lepak dengan budak Food Not Bomb dan dengar kaset yang sama selama 5 tahun.
Hanya aku yang stick dengan muzik British. Ketika ini Radiohead baru saja keluar Ok Computer. Album yang aku dengar hari-hari.
Tanpa aku perasan muziknya yang depressed menyambung kepada depression year for the whole decade.
Up until this day, Hanya Aldrain sahaja yang boleh pengaruh Ujang.
So back to the question. Who among us are really Renton?
Its me...... I choose life.
Najwa Karam
The famous Lebanese artist Najwa Karam received death threats from Israeli authorities, where they described Najwa as being a danger to the Israeli people and that she is also a first class terrorist.
The threats started after a series of live concerts that Najwa held recently in the Jordanian capital Amman and many of the Palestinian fans came to see her.
During her performances Najwa sang many patriotic songs and the Israelis believe that she is calling out for extremist acts against the Israeli people and civilians. They are also accusing Najwa of encouraging her fans to hate Israel.
As for Najwa, she said that she won’t pay any attention to these threats and that she will continue her musical journey. She also adds that she will stay on the same path even though that would cost her to die as a martyr."
Good art tumbuh dimerata tempat, kata seorang falsafah Cina zaman feudal dahulu.
And art, if it doesn’t find u , u have to go looking for them.
Aku mencari, dan aku bertemu dengan Najwa Karam.
Ada beribu juta penyanyi arab. Arab sebuah negara yang besar. Adda abnyak penanyi bagus.
How to define a good singer? For me a good singer always the emo one. Tanya Thom Yorke kalau tak percaya. Dan Jeff Buckley yang menjadi inspirasi Radiohead ketika membuat album The Bends.
Dan perempuan mana yang paling emo dalam dunia ni kalau bukan perempuan Arab?
Kalau tak percaya tengok berita, bagaimana lagaak fizikal mereka ketika saudara mara mereka mati kena tembak dengan Yahudi? Orang melayu ada meratap macam tu? Orang Putih ada macam tu? Takde. Orang Arab sama je ratap hibanya. The verdict is Emo people always sing better.
Whats
Najwa Karam ghanyalah sebilangan dari penyany iarab wanita yang popular. Ini termasuklah Ummi Kalsum, Fairuz, nancy Ajram, Warda dan masyalllah banyak lagilah. Dan kehebatan serta kelunakan suara mereka ini masyallah…seperti yang dikatakan oleh Bob Dylan sendiri. Katanya SheShe's great. She really is. Really great." . Kalau Bob Dylan, yang memperkenalkan ganja kepada The Beatles dah puji Ummi Kalsum, maka pujian itu haruslah diambil serius ye.
Kembali kepada Najwa Karam. Album pertama beliau berjudul Ya Habayed (my loved one) lagu yang sama yang membuatkan aku teruja kepadanya. Album ini sditerbuitkan pada tahun 1989. Dan setakat ini beliau telah merakamkan 18 buah album. Album yang melonjakkan nama Najwa Karam adalah dari album keempatnya yang berjudul Naghmet Hob (also romanized as Naghmat Hob) pada tahun 1994. Album pertama Najwa Karam dari label Rotana yang terkenal itu. Ianya album yang melonjakkan nama najwa Karam sebagai bintang di persada muzik Arabic. Tak complete kalau berbicara tentang muzik Lebanese tanpa bercakap tentang najwa Karam.
Aku ada alasan aku sendiri kenapa aku tertarik dengan muzik Arab. Yang pertamanya memang aku nak expendkan minat pada muzik agar ianya berbagai genre. Dan yang paling utama sekali adalah, muzik arab ada sentimental valuenya pada aku. Entah kenapa ia mengingatkan aku pada bulan Ramadhan. Dan akhirnya muzik ini menggamit aku pada satu zaman kerinduan. Mungkin juga dari segi psikologinya mungkin ketika lapar membuatkan alunan muziknya terasa ebih sedap atau lebih mendayu. Mungkin. Tetapi ada sesuatu tentang muzik arab yang dekat dengan diri aku. Feels close to home. Dan suaranya? Masyallah..suara penyanyinya memang …. Even penyanyi sekarang ini sebenarnya sama taraf dan sama level dengan penyanyi classic orang ptuih (dan juga orang hitam) seperti Nina Simone, Dusty springfield, dan termasuklah Queen of Soul sendiri Aretha Franklin.
Nilai sentimental adalah elemen utama kenapa aku leibh teransang dengan muzik Arabic ini. Seperti contoh ianya berlaku ketika aku masih kecil.Dikampung, rumah aku berjiran dengan seorang nenek yang mengajar budak-budak mengaji Quran. Dan biasanya selepas tamat mengaji dia akan memasang lagu-lagu Arab yang aku pun tak tahu siapa penyanyinya. Ini diselit sekali sekala dengan kumpulan2 nasyid tahun 80an dan juga termasuklah Ahmad apa entah aku lupa. Bunyi itu terus mengingatkan aku pada zaman ketika aku naif. Dan setiap kali aku mendengar lagu Arab, setiap kali itu juga aku terimbau zaman kecil aku yang pure.
Shah, kalau pergi tanah Aerab tu cuba usha-usha CD Najwa Karam ni ye :)
Feb 2010
La Roux
I mean why should guy adore another guy singing?
Maksud aku cuba bayangkan;seorang lelaki didalam bar, melihat Rahim Maarof menyanyi lagu cinta dengan penuh perasaan. Dan lelaki penonton tu akan cakap “What a great singer he is” atau “Such a wonderful singer that man is “ I don’t think that’s normal.
Its logical kalau lelaki suka dengar perempuan menyanyi. Why? Sebab we attract to each other as opposite sex. Kelembutan suara perempuan memang seharusnya memikit gender yang sebaliknya. Jadi logiklah kalau suara mereka merdu, sedap didengar oleh halwa telinga lelaki macam kita ni. kita dilahirkan untuk perempuan, dan sebaliknya. Tapi kalau lelaki suka lelaki menyanyi? I don’t think that’s right man.
Yang salah:
“Err apa pendapat encik tentang nyanyian Jamal Abdillah tadi?”
“Oh saya suka suaranya. Lunak merdu. Saya terasa bagai dibuai-buai gelora. Bulu roma saya meremang bila dengar dia menyanyi ” OH man.That’s so gay everybody.
Yang sepatutnya:
“Err apa pendapat necik tentang nyanyian Mamat Exist tadi?”
“Oh yang tu saya tak boleh beri pendapat. Im not entitle to give opinion. Not my league dude” Jawapan macam nilah camni barulah macho.
Lelaki yang nilai lelaki lain menyanyi dan cakap sedap hanya nak bagi makan kat Simon Cowell serta kawan blacknya untuk terus cari duit murahan dalam rancangan American Idol.
“U cannot judge me. U man! Go back to listen to Boyzone ok. Only Paula can judge me ”
So…….. buanglah kaset (kaset tu!) Frank Sinatra, Nirvana, Coldplay, George Michael, Boy George, Eminem, 50 Cent, Pet Shop Boys tu.
Dan kita dengarlah pulak La Roux, Amy Whinehouse, Patti Smith, Bjork, Sharifah AIni, Uji Rashid, Khaty Ibrahim dan lain-lain lagi.
So nanti bila orang tanya, “What do u think Amy Whinehouse as a singer?”
Kita akan jawab “Oh shes very good. Taste like lemon”
That’s a straight answer for a straight guy. :)